Assalamualaikum and Greetings to all members of the Faculty of Civil Engineering (FKA),
The UTM Internet facility is provided specifically to support learning, research, and official university affairs. To ensure our ICT infrastructure remains in optimal condition, every user is responsible for using these facilities ethically, safely, and in compliance with the established policies.
Referring to the Series 01: HEPA ICT Smart Guide, please take note of the following 8 key guidelines:
📌 8 Smart Guidelines for UTM Internet Usage
-
University’s Rights (Monitoring & Control): The university reserves the right to monitor internet usage. Access can be revoked if policy violations occur.
-
Excessive Use (Access May Be Suspended): Extreme data usage can be restricted. The university may suspend access without prior notice.
-
Risky Applications (May Be Blocked): High-bandwidth applications may be restricted to prevent disruption to the broader ICT infrastructure.
-
Copyright & Privacy (Strict Compliance): Users are strictly forbidden from violating copyrights and must respect the privacy of others.
-
Prohibited Activities (Strictly Banned): Hacking, phishing, network scanning, cryptocurrency mining, sniffing, and unauthorized data encryption are not allowed.
-
Inappropriate Content (Do Not Spread): Browsing or sharing content related to pornography, gambling, slander, threats, bullying, and racism is prohibited.
-
Prudent Usage (Control Bandwidth): Avoid excessive uploading and downloading. Please adhere to the allocated quotas.
-
User Responsibility (Safe & Ethical): You are fully responsible for your personal transactions. Abide by the UTM Code of Ethics, use genuine and updated software, and report any security incidents to the university.
💡 Internet Best Practices
- Use the internet only for legitimate purposes.
- Always keep your device’s operating system and applications updated.
- Avoid activities that heavily burden the campus network.
- Practice professional social media usage.
🌐 Faculty Level IT Policy Reference (FKA)
In addition to the general UTM policy above, all FKA staff and students are required to read, understand, and refer to the FKA IT Policy to ensure smooth technical operations and digital security at the faculty level.
Please visit the official link below for full details: 👉 FKA UTM IT Policy
(Source: Office of Quality & Digital Transformation (UTMDX))
Your cooperation in adhering to these guidelines is highly appreciated for the comfort and security of our community. Thank you!
—————————————————————————————————————————————————————————-
MAKLUMAN: POLISI PENGGUNAAN INTERNET UTM – GUNA SECARA BERETIKA, SELAMAT & BERTANGGUNGJAWAB
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA),
Kemudahan Internet UTM disediakan khusus bagi menyokong kelancaran proses pembelajaran, penyelidikan, dan urusan rasmi universiti. Bagi memastikan prasarana ICT sentiasa dalam keadaan optimum, setiap pengguna bertanggungjawab menggunakan kemudahan ini secara beretika, selamat, dan mematuhi polisi yang ditetapkan.
Merujuk kepada Siri 01: Panduan Pintar ICT HEPA, sila ambil perhatian terhadap 8 panduan utama berikut:
📌 8 Panduan Pintar Penggunaan Internet UTM
-
Hak Universiti (Pemantauan & Kawalan): Universiti berhak memantau penggunaan Internet. Kemudahan boleh ditarik balik sekiranya berlaku pelanggaran polisi.
-
Penggunaan Berlebihan (Akses Boleh Digantung): Penggunaan data yang melampau boleh dihadkan. Universiti berhak menggantung capaian tanpa sebarang notis.
-
Aplikasi Berisiko (Boleh Disekat): Aplikasi yang memakan bandwidth tinggi boleh dihadkan bagi mengelakkan gangguan kepada keseluruhan prasarana ICT.
-
Hak Cipta & Privasi (Wajib Patuh): Pengguna dilarang sama sekali melanggar hak cipta dan diwajibkan menghormati privasi pengguna lain.
-
Aktiviti Terlarang (Ditegah Sama Sekali): Dilarang melakukan penggodaman, phishing, pengimbasan rangkaian, perlombongan mata wang kripto (crypto mining), sniffing, dan penyulitan data yang tidak sah.
-
Kandungan Tidak Sesuai (Jangan Sebar): Dilarang melayari atau menyebarkan bahan berunsur pornografi, perjudian, fitnah, ugutan, buli, dan rasisme.
-
Penggunaan Berhemah (Kawal Bandwidth): Elakkan muat naik dan muat turun yang berlebihan. Sila patuhi kuota yang telah ditetapkan.
-
Tanggungjawab Pengguna (Selamat & Beretika): Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap transaksi peribadi. Patuhi Kod Etika UTM, gunakan perisian tulen yang sentiasa dikemas kini, dan laporkan sebarang insiden keselamatan kepada universiti.
💡 Amalan Terbaik Penggunaan Internet
- Gunakan Internet untuk tujuan yang sah sahaja.
- Sentiasa kemas kini sistem operasi dan aplikasi peranti anda.
- Elakkan aktiviti yang membebankan rangkaian kampus.
- Amalkan penggunaan media sosial secara profesional.
🌐 Rujukan Polisi IT Peringkat Fakulti (FKA)
Selain daripada polisi umum UTM di atas, warga FKA juga diwajibkan untuk membaca, memahami, dan merujuk kepada Polisi IT FKA bagi memastikan kelancaran operasi teknikal dan keselamatan digital di peringkat fakulti.
Sila layari pautan rasmi berikut untuk rujukan penuh: 👉 Polisi IT FKA UTM
(Sumber: Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM (UTMDX))
Kerjasama anda dalam mematuhi garis panduan ini amatlah dihargai demi keselesaan bersama. Terima kasih!
Hebahan pada: 15 Julai 2026

