Selamat Tinggal adalah merupakan album studio karya Broery Marantika. Album ini juga merupakan album studio rakaman terakhir sepanjang hayatnya. Beliau sempat untuk menyiapkan album ini pada penghujung tahun 1999 sebelum beliau menghidapi penyakit angin ahmar yang kedua kalinya dimana ianya meragut keupayaannya untuk bernyanyi lagi. Selamat Tinggal adalah lagu terakhir yang disampaikannya juga seakan pesanan terakhir beliau kepada peminat yang mencintai dan meminatinya.