UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Rujukan Kami: UTM.J.08.01/ 10.12/31 ( 3)
Tarikh : 1 Januari 2023
PEKELILING AKADEMIK BIL 1/2019
PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR MELALUI PORTAL MyUTM
Dimaklumkan bahawa sistem permohonan surat pengesahan pelajar mengikut keperluan asas telah dibangunkan melalui Portal MyUTM.
Dengan penggunaan sistem ini, permohonan akan dibuat oleh pelajar tanpa perlu hadir ke Pejabat Fakulti atau mengisi borang seperti mana sebelumnya. Waiau bagaimanapun proses kelulusan daripada pihak Fakulti secara atas talian oleh Pegawai yang dinamakan adalah diperlukan bagi tujuan pengesahan akademik secara rasmi. Surat ini akan dikeluarkan setelah disemak dan disahkan oleh Fakulti. Bagi permohonan daripada agensi luar, surat berasingan diuruskan terus di Pejabat Fakulti masing-masing seperti biasa. lnisiatif ini dilaksanakan sebagai langkah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Universiti. Pelaksanaan ini akan melalui proses penambahbaikan berdasarkan keperluan semasa pada fasa berikutnya. Pelaksanaan permohonan Surat Pengesahan Pelajar boleh dibuat melalui portal MyUTM (https://my.utm.my) dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
PROF. IR. DR. ZAINUDDIN BIN ABDUL MANAN
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia