Program Permindahan Teknologi Matching Grant IISJ-Simenfero Abu Sekam Padi diadakan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dengan kerjasama Kolej Vokasional Kluang untuk memberi pendedahan tentang pembinaan simenfero dan seterusnya memperkenalkan hasil kajian blok konkrit ringan menggunakan abu sekam padi kepada peserta. Program yang diharapkan dapat memberi pengalaman yang baru kepada peserta berkaitan teknik dan pembuatan simenfero ini dijayakan oleh pelajar, Persatuan Ibu Bapa Guru Kolej Vokasional Kluang dan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Program yang berlangsung selama dua hari ini bermula pada 11 April 2017 dan dijalankan di Kolej Vokasional Kluang, Johor.