Pusat Kejuruteraan Forensik (Forensic Engineering Centre, FEC) dan Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA), Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) – Teknik Penanaman Buluh dan Proses Rawatan pada 23 September 2020 di Perkampungan Orang Asli Kampung Putting, Buloh Kasap, Segamat Johor.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor dan Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) Segamat. Seramai 30 orang penduduk Kg. Orang Asli Putting telah menyertai program ini dengan jayanya.
Program ini merangkumi 3 aktiviti iaitu, sesi ceramah, sesi penanaman pokok buluh dan demonstrasi rawatan buluh. Program ini disokong penuh oleh Pengarah FEC, PM Dr. Izni Syahrizal Ibrahim yang turut direalisasikan oleh ketua program PM Ts. Dr. Yusof Ahmad dan dibantu oleh felo FEC, Prof Ts. Dr Mohammad Ismail, Ir. Dr. Ma Chau Khun, Ts. Dr. Mariyana Aida A. Kadir, Ir. Dr. Noor Nabilah Sarbini, Dr. Mohd Azreen Mohd Ariffin dan Pn. Nur Fatimah Marwar serta kakitangan teknikal SKA iaitu En. Raja Ezar Ishamuddin Raja Abdul Latiff, En. Zulkifly Abdul Wahid dan En. Kamrul Zaman Kamisan.
Di akhir program ini, pihak FEC dan SKA turut memberikan sumbangan anak-anak pokok buluh kepada para peserta untuk ditanam di sekitar Kampung Putting agar kelestarian program tercapai.