Pameran MTE 2015 telah berlansung dengan jayanya selama tiga hari bermula pada tarikh 12 hingga 14 februari 2015 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Yg Bhg Prof Dr. Khairul Anuar bin Kassim, yang juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan Projek RMC yang sekarang memegang jawatan  sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam berkesempatan melawat booth pameran  UTM di tapak pameran MTE 2015.

Dalam pameran yang bersejarah ini seramai dua orang penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam telah memenangi anugerah, iaitu:

  1. Zaiton binti Haron- memenangi anugerah Gold Medal bagi Produk Penyelidikan yang bernama “Automated Noise Mapping Prediction Tool”.
  2. Dr. Azlan bin Adnan- memenangi anugerah Bronze Medal bagi Produk Penyelidikan yang bernama “SEER- Ispring”  (Intelligent Earthquake Resistant Beam Column Connectors)