Program gaya hidup sihat UTM

Program Gaya Hidup Sihat ini buat pertama kalinya diadakan oleh UTM adalah  selaras dengan hasrat Pengurusan UTM dalam memastikan warga UTM sentiasa mengamalkan serta membudayakan aktiviti Gaya Hidup Sihat secara holistik, Satu Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat UTM ini telah dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid bin Omar  pada tanggal 8 Februari 2015 bertempat di Stadium UTM tepat jam 8.00 pagi.. Seramai 1800 staf UTM hadir menjayakan majlis pelancaran gaya hidup sihat tersebut. Dekan FKA  yang turut hadir dalam program ini merasa gembira dan bangga kerana ramai staf FKA turun padang bagi menjaya dan menyemarakkan Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat UTM 2015 siri 1/2015.

Staf Lelaki FKA yang hadir memakai T-Shirt berkolar warna hitam dan seluar sukan berwarna gelap. Sementara staf perempuan FKA pula memakai Tudung berwarna hijau, T-Shirt berkolar warna hitam dan seluar sukan berwarna gelap untuk mewujubkan keseragaman bagi pasukan FKA.

Bersempena pelaksanaan majlis pelancaran tersebut, Program Riadah Perdana UTM Siri 1/2015  turut dilaksanakan yang  dihoskan oleh Pejabat Pendaftar UTM serta UTM Sport Excellence. Seluruh Warga UTM  juga dijemput bersama-sama untuk menyertai program ini.

Susunan barisan kehadiran peserta sewaktu program riadah dan program pelancaran adalah berdasarkan susunan barisan staf mengikut PTJ/Fakulti. Oleh yang demikian, adalah pihak Universiti amat mengalu-alukan kehadiran semua warga UTM bagi memastikan barisan PTJ/Fakulti adalah yang teramai sewaktu program berkenaan berlansung.

Kita berharap menerusi program seumpama ini maka hasrat Pengurusan UTM yang ingin memastikan setiap Warga UTM sentiasa membudayakan Gaya Hidup Sihat akan terlaksana. In Shaa Allah.

View Photo Gallery