Majlis Gala Dinner UTM 2015 ini berlansung dengan jayanya pada tarikh 14 Feb. 2015 hari Sabtu jam 8.00 malam bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hj. Fadillah bin Hj. Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Seramai  14 orang dari Fakulti Kejuruteraan Awam telah hadir yang terdiri dari kalangan Pentadbir Akademik dan isteri serta  staf akademik. Program ini dianjurkan oleh Unit Alumni UTM bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama  serta menyatukan semula UTM dengan bekas mahasiswa Universiti. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dr. Khairul Anuar bin Kassim, Dekan FKA dengan isteri dan sesi  penyampaian beberapa Anugerah Tokoh Alumni UTM. Majlis  tersebut diakhiri dengan sesi bergambar semua peserta alumni  pada jam 10.30 malam.