Kembalikan monorel Putrajaya

monorel_28-09-16

 

RASA agak terkilan melihat landasan monorel separuh siap berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya semalam. Kalaulah dulu projek bernilai RM400 juta ini diteruskan, sudah pasti Putrajaya tidak mengalami masalah tempat letak kereta kronik seperti sekarang.

Tetapi jika sekarang hendak dibina, bayangkanlah berapa mahal kosnya.

Bayangkan monorel bergerak di sekitar Putrajaya. Tidakkah itu suatu yang indah dan kelihatan maju? Tetapi projek ini terbengkalai dengan jejambat untuk menempatkan relnya terjuntai di stesen LRT di antara Kuala Lumpur dan KLIA.

‘‘Masa depan pengangkutan manusia di seluruh dunia terutama di kawasan urban adalah sistem rel,” kata pakar Kejuruteraan Lalu Lintas dan Pengangkutan dari Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Othman Che Puan kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL, semalam.

UTUSAN: Dr. pernah dengar tentang projek monorel di Putrajaya?

DR. OTHMAN: Kalau boleh saya imbas kembali, projek pengangkutan monorel Putrajaya yang meliputi jarak rel sepanjang 18 kilometer sebelum ini dijadualkan siap pada penghujung 2004. Tetapi ia ditangguhkan pada pertengahan tahun tersebut kerana ketiadaan peruntukan.

Pembangunan fasa pertama projek itu melibatkan pewujudan sistem pengangkutan monorel bawah tanah dan jejantas sepanjang lapan kilometer menghubungkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Presint 3 ke Kementerian Pelajaran di Kompleks E.

Ketika itu (2004), MTrans Monorail Sdn. Bhd. (MTrans) diberi tanggungjawab melaksanakan projek itu, yang dijadual mengambil masa 30 bulan bagi membina 12 stesen termasuk tujuh di bawah tanah dan landasan.

Apa perlunya projek monorel ini diteruskan?

DR. OTHMAN: Setahu saya dan mungkin juga dikongsi oleh orang ramai, memang sukar hendak akses ke bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya. Ini terutama apabila kita mahu berurusan dengan agensi-agensi kerajaan pada sebelah pagi.

Tempat letak keretanya dipenuhi kenderaan penjawat awam sendiri. Sistem Park & Ride tidak berfungsi dengan baik. Park & Ride sepatutnya digunakan oleh penjawat awam dan pelawat tetapi gagal mendapat sambutan. Kita tengok kesesakan yang teruk timbul sehingga terpaksa diperkenalkan pula sistem letak kereta berbayar baru-baru ini.

Projek monorel ini pernah dibangkitkan beberapa kali selepas ditangguhkan pada 2004.

DR. OTHMAN: Ya, ia pernah ditimbulkan semula oleh Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini, Datuk Zulhasnan Rafique pada 2007 antaranya mahu memperincikan kaedah pelaksanaannya selain merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Malah, Perbadanan Putrajaya sendiri melantik sebuah syarikat perunding tempatan untuk menyiapkan kajian mengenai model kewangan yang sesuai bagi meneruskan projek pengangkutan monorel ini.

Namun sehingga kini tiada kesudahannya. Projek ini penting kerana ia selaras dengan pelan induk pengangkutan awam di Putrajaya yang merangkumi bas dan monorel.

Apa keperluan untuk penyediaan sistem pengangkutan di kawasan urban?

DR. OTHMAN: Ia harus dinilai pada banyak aspek. Antaranya fungsi sistem yang akan disediakan, keselamatan dan keselesaan pengguna, kos langsung penyediaan sistem dan kos kepada pengguna. Lazimnya, faktor-faktor itu akan dijadikan asas penentuan jenis sistem pengangkutan yang sesuai untuk sesuatu kawasan urban yang besar dan padat.

Antaranya, sistem pengangkutan bas, transit aliran ringan (LRT) dan sistem monorel.

Di Putrajaya pula bagaimana?

DR. OTHMAN: Untuk kawasan urban seperti Putrajaya, penyediaan satu sistem pengangkutan awam yang berasaskan state-of-the-art system seperti LRT atau monorel untuk menghubungkannya dengan Kuala Lumpur bukan sahaja perlu dinilai pada sudut keperluan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas masa kini dan masa hadapan.

Pada masa sama, ia juga akan menjadi pelengkap kepada reka bentuk prasarana, bangunan dan tata atur bandarnya yang mungkin boleh dianggap antara terbaik di rantau ini. Ini sesuai dengan statusnya sebagai pusat pentadbiran utama negara.

Jadi, sistem Park & Ride untuk menyokong monorel di Putrajaya juga perlu berkesanlah?

DR. OTHMAN: Ya, reka bentuknya harus mengambil kira pelbagai mod capaian dan khidmat yang berkaitan dengan kemudahan.

Empat aspek yang perlukan pertimbangan ialah reka bentuk kemudahan park & ride yang berintegrasi dengan komuniti, keperluan kemudahan pejalan kaki dan penunggang basikal serta kenderaan transit.

Selain itu, ambil kira sekali penyediaan kemudahan untuk kenderaan persendirian yang diletakkan di stesen transit. Antara isu teknikal yang perlu dinilai dengan teliti dalam sistem ini yang akan mempengaruhi penggunaannya ialah kewujudan pengguna, kos pengguna di destinasi (dari transit ke destinasi akhir: apa kemudahan yang disediakan), kos perjalanan dan penjimatan tempoh transit.

Contoh Park & Ride terbaik ialah di Stockholm, Hull City, Oxford City dan Prague.

Source: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Undang-undang khusus atasi kelemahan LRT

lrt_27-09-2016

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Cadangan mewujudkan undang-undang khusus ba­gi mengata­si kelemahan sis­tem transit aliran ri­n­gan­ (LRT) dilihat per­lu te­ru­­tamanya mem­­­ba­bit­­­kan ke­­­se­­la­­matan pe­­­­num­pang yang ­me­ng­­­­guna­kan per­­­khid­­­­­matan pe­ngang­­­ku­­­­­tan awam itu.

Ketua Pusat Penyelidikan Ke­selamatan Ja­­lan Raya, Fakulti­ Keju­ruteraan, Univer­siti Putra Malaysia (UPM), Prof. Mad­ya Dr. Law Teik Hua­ berkata, undang-undang itu se­suai dilak­sanakan ketika ini, selaras dengan keperluan semasa dan demi masa depan perkhidmatan pengangku­tan awam itu yang semakin berkembang pesat.

Beliau juga berpendapat peng­gubalan dan pelaksanaan pro­­­se­dur operasi yang selamat amat per­lu­­ diketengahkan.

“Perkara ini sangat penting apabila LRT mengalami gangguan perkhidmatan termasuk apa yang penumpang harus lakukan ketika berada di dalam dan semasa me­ninggalkan tren.

“Malah arahan da­ri­pada pe­ngendali LRT­ dan mak­lumat pe­mindahan­ yang efi­sien khusus­nya ba­­gi warga tua, ka­nak­­-kanak dan orang ku­rang upaya ju­ga harus mencukupi­, tepat pada masa­nya dan sistematik,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas ca­dangan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang khu­sus bagi mengatasi kelemahan dalam sistem LRT ekoran sebarang kemungkinan yang boleh membahayakan dan mencederakan penumpang.

Menurutnya, penambahbai­kan sistem LRT boleh dilakukan me­­­lalui semakan semula Ak­ta Pe­ngangkutan Awam Darat 2010.

Teik Hua berkata, ketepatan masa dan kemajuan dalam ope­ra­si minimum juga mesti dipa­tuhi oleh syarikat penyedia pe­ngangkutan awam.

Profesor Kejurutera­an Pe­ngang­kutan di­ Fakulti Kejurutera­an­ Awam, Universiti Tek­nologi Malaysia, Prof. Dr. Othman Che Puan pula berpendapat, ja­minan kualiti dan keselamatan ope­ra­si LRT sepatutnya di­nya­takan dengan je­las dalam perjanjian an­tara penyedia perkhid­matan dan Suruhanja­ya­ Pengangkutan A­wam Darat (SPAD).

“Saya rasa undang-undang khusus itu tidak perlu, kerana ia lebih tertumpu kepada polisi dan isu yang dikaitkan merupakan isu operasi yang sepatutnya ditangani menerusi perjanjian perkhidmatan yang digubal de­ngan teliti.

“Malah, pihak penyedia per­khid­matan perlu menyediakan pelan evakuasi yang telah dipera­kui keberkesanannya ketika menghadapi sebarang kerosakan sistem yang memerlukan penumpang dipindahkan sama ada pengangkutan jalan atau ke koc tren dari laluan yang bertenta­ngan arah,” katanya.

Tambah beliau, pemantauan berkala melalui sistem panel audit luar dan dalam juga perlu dilaksanakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl berpendapat, sebuah jawatankuasa terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan harus diwujudkan bagi memastikan isu keselamatan, perlindungan dan kesedaran mengenai hak pengguna tidak dikompromi oleh mana-mana pihak.

“Kami percaya jika jawatankuasa ini ditubuhkan, akan ada lebih ketelusan berkaitan isu seperti perkhidmatan LRT termasuk tarif dan kesedaran.

“Oleh itu, kami memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatankuasa ini di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan,” katanya.

-Source: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/undang-undang-khusus-atasi-kelemahan-lrt-1.382191

Aspek keselamatan lemah punca tragedi rempuhan?

kemalangan_26-09-16

KUANTAN 25 Sept. – Lokasi kemalangan yang meragut nyawa dua beranak setelah dirempuh kenderaan jenis ‘kart’ yang digunakan dalam Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (Eimarace 2016) di Indera Mahkota berdekatan Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa), di sini hari ini merupakan kawasan larangan penonton bagi perlumbaan berkenaan.

Bagaimanapun, penonton bukan sahaja dibiarkan berada di kawasan larangan di lokasi kejadian, malah tidak dihalang walaupun dikatakan terdapat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal di situ.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, kon diletakkan di tepi jalan namun menerusi tayangan video kejadian, objek berkenaan melayang begitu sahaja selepas dilanggar sebuah kenderaan yang terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh penonton di situ.

Pengarah program tersebut, Prof. Madya Dr. Aminudin Abu berkata, lokasi kejadian merupakan tempat larangan dan penonton tidak dibenarkan berada di situ.

“Kawasan ini (lokasi kejadian) kita telah letak anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan kon sebab ia adalah tempat perlumbaan.

“Penonton perlu berada di Stadium Sukpa dan kita juga telah maklumkan tentang perkara itu tetapi kita tidak boleh jangka dan tidak sangka mereka masuk juga ke situ,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Aminudin berkata, pihaknya menempatkan seramai 25 anggota Rela untuk mengawal di sepanjang 2.2 kilometer kawasan perlumbaan.

Sementara itu, beliau berkata, kejadian meragut nyawa sedemikian pertama kali berlaku sejak program itu dianjurkan mulai 2009.

“Kita simpati dengan keluarga mangsa, penganjur berasa sedih dengan apa yang berlaku. Ekoran kejadian ini, penganjur atas nasihat juri dan syarat-syarat perlumbaan membatalkan pertandingan ini,” katanya.

Beliau berkata, selepas ini, pihaknya tidak akan menggunakan kawasan litar terbuka untuk penganjuran Eimarace.

 

Source: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/aspek-keselamatan-lemah-punca-tragedi-rempuhan-1.387321

Retrieved: 26.09.2016

Lawatan FKA, UTM ke Sekolah Hidayah

Kuatkuasakan peraturan jalan raya terlebih dahulu

kuatkuasakan peraturan jalan raya

Bas ekspres dipasang alat kawalan had laju 2017

IPOH 29 Julai – Bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres, semua pengelua­ran baharu kenderaan tersebut perlu dilengkapkan dengan alat kawalan had laju bermula awal tahun hadapan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nad­zri Siron berkata, bagi kende­raan sedia ada, pemasangan alat tersebut akan dilakukan secara berpe­ringkat sebelum dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2020.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada cara mengawal kelajuan bas dan memastikan kenderaan tersebut bergerak tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu 90 kilometer sejam (km/j).

“Justeru, semua pengeluaran kenderaan baharu melibatkan bas ekspres perlu dipasang dengan alat berkenaan bermula Januari tahun hadapan.

“Bagi bas lama, ia boleh dilakukan dari semasa ke semasa kerana pemasangan ini melibatkan kos. Kita beri masa kepada pengusaha bas ini dan menjelang tahun 2020, kesemua kenderaan itu akan dipasang dengan alat tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas me­lakukan lawatan kerja di pejabat JPJ Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga dalam perbincangan untuk menambah kelajuan sebanyak 10 pe­ratus daripada kelajuan sedia ada semasa kenderaan tersebut ketika mereka hendak memotong.

“Kita sedang berbincang me­ngenai perkara ini kerana had laju bagi kenderaan berat di jalan raya adalah 90km/j. Mungkin kita akan beri bonus 10 peratus apabila mahu memotong,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas me­ngenai sistem integrasi bersepadu membabitkan tiga agensi antara JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), beliau berkata, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan membantu dalam pembangunan sistem tersebut.

Katanya, MAMPU akan melihat keperluan secara menyeluruh dalam membantu mengintegrasikan sistem pengkomputeran ketiga-tiga agensi penguat kuasa tersebut yang sebelum ini menggunakan sistem masing-masing.

utusan 30 julai 2016

Nadzri Siron melakukan melepaskan unit anggota JPJ bermotosikal semasa perhimpunan bulanan di JPJ Perak, Ipoh, semalam.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 30 JULAI 2016

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bas-ekspres-dipasang-alat-kawalan-had-laju-2017-1.363956#sthash.qJCiUQAM.dpuf

Putrajaya antara kawasan larangan terbangkan dron

SEPANG: Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya diisytiharkan sebagai salah satu kawasan larangan penggunaan atau penerbangan dron selepas mengambil kira faktor keselamatan. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata di Putrajaya terdapat pelbagai kementerian yang mentadbir urus negara, selain menempatkan kediaman Perdana Menteri dan timbalannya. Sehubungan itu, beliau berkata, Putrajaya adalah ‘kawasan larangan penerbangan’ dron.

“Jadi, orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya menerbangkan dron atau helikopter kawalan jauh tanpa mendapat keizinan terlebih dulu. “Jika masih ada yang mahu berbuat demikian, mereka perlu membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan walaupun diluluskan, mereka tetap perlu menunggu kelulusan DCA. “Ini kerana dron hanya dibenar diterbangkan pada ketinggian ditetapkan iaitu tidak boleh melepasi bangunan paling tinggi di Putrajaya kerana ruang udaranya adalah laluan pesawat untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Persidangan Bersama Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) untuk Memperkukuhkan Keselamatan dan Kemudahan Kargo Udara, di sini hari ini. Azharuddin berkata, menerbangkan dron juga tidak dibenarkan ketika majlis atau acara diadakan di Putrajaya. Selain Putrajaya, beberapa tempat lain turut diisytiharkan kawasan larangan menerbangkan dron termasuk ruang udara di Parlimen, Istana Negara, persekitaran KLCC dan kawasan lapangan terbang. SUMBER: BERITA HARIAN, 26 jULAI 2016

SUMBER: BERITA HARIAN, 26 JULAI 2016
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177193

Make our roads safer!

The cabinet minister in charge of transport expressed his concern the other day over the high number of road accidents during the Hari Raya period this year. There were 20,294 accidents over the 15-day period, up 1,235 or 6.47 per cent from 19,059 in the same period last year. But Datuk Seri Liow Tiong Lai said the number of fatalities fell to 299 from 330 last year. To put it into perspective, that means about 20 people were killed in a day during the period.

Liow is, of course, concerned by the alarming statistics. A bigger question for the minister is what can be done to deal with the disturbingly high accident rates. If nothing is done, we will still be talking about it next Raya.

Malaysian roads must be among the most dangerous in the world, based on the statistics. For the record, road deaths in Malaysia are already above the world average. The Health Ministry told us that Malaysia’s traffic-related death-to-population ratio stands at 23.6 to 100,000 people, compared with the world average of 18 to 100,000 people. This compares with Australia, which has just four road deaths per 100,000 population, while the figure for the UK is 14 fatalities per 100,000 people.

The number of road accidents is so alarming that we may need to hire more ER doctors to deal with the rising number of victims, health authorities have warned. Of course, we are often reminded that more than 80 per cent of road accidents are caused by human error. The fact that 65,850 people were killed in accidents between 2004 and 2013 and that as much as RM78 billion in economic contributions was lost still did not deter people from speeding or being reckless on the road.

I don’t blame anyone but bad motorists who are endangering others on the road. How many of them blatantly speed or use mobile phone while riding or driving? In Malaysia, motorists often ignore traffic lights or even overtake in dangerous spots, park illegally, drive without a valid driver’s licence and use the emergency lane. Lack of effective enforcement is one thing but the bad behaviour and blatant disregard for traffic rules are another.

The Qistna Express bus episode has, for example, exposed inherent weaknesses in the oversight of traffic and road regulations, as SPAD chairman Tan Sri Syed Hamid Albar admitted on Friday. Sharing of data of traffic offences by lorry or bus drivers, it seems, is still not in place between SPAD, the police and Road Transport Department. Bus drivers, despite carrying passengers, do not carry what SPAD termed as “Public Service Vehicle” licence like taxi drivers. Right now, the Transport Ministry, which oversees RTD, has no purview over SPAD, which instead reports to a minister in the Prime Minister’s Department. But that should not be the reason for the lack of coordination among them. A veteran newsman, A. Jalil Hamid believes that a good journalist should be curious and sceptical at the same time.

SOURCE: NST, 17 JULY 2016

Read More : http://www.nst.com.my/news/2016/07/158877/make-our-roads-safer

Wajib pasang alat kawalan had laju

Arahan kepada semua bas ekspres berkuatkuasa serta-merta

BENTONG 17 Julai – Kementerian Pengangku­tan mewajibkan semua bas ekspres di negara ini memasang alat khas kawalan had laju kenderaan bagi memastikan semua pemandu mematuhi had laju yang ditetapkan.

Liow Tiong Lai

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemasangan alat itu berkuat kuasa serta-merta bagi bas baharu dan secara berperingkat bagi bas-bas yang sedia ada.
‘‘Kita dapati bas ekspres ini ada yang dipandu terlalu laju dan tidak mematuhi peraturan had laju yang ditetapkan di semua jalan raya utama di negara kita.

‘‘Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang alat penetapan had kelajuan kenderaan. Tiada pengecualian dan dilaksanakan serta-merta,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Komuniti Maju Bentong di Hentian Raya Bentong di sini hari ini.
Yang hadir sama Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Mohamad Shahid Ismail.
Pada 10 Julai lalu, rakaman vi­deo memaparkan sebuah bas ekspres yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh beberapa buah kereta ketika menuruni bukit di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Te­rowong Menora, Ipoh 10 Julai lalu menjadi viral.
Sehubungan itu, isu mengenai keselamatan penumpang bas ekspres kembali menjadi perhatian dengan Utusan Malaysia me­nyiarkan desakan pelbagai pihak supaya peraturan sedia ada diperketatkan termasuk menguatkuasakan alat kawalan kelajuan dan sistem pengesanan global (GPS).
Sebelum ini, pada 2010, JPJ pernah bercadang mewajibkan perkhidmatan bas ekspres di negara ini menggunakan GPS untuk mengurangkan kadar kemala­ngan di jalan raya. Cadangan itu timbul susulan kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres di Simpang Pulai-Cameron Highlands yang mengorbankan 27 nyawa.
Sementara itu, menurut Tiong Lai, bagi bas-bas sedia ada, pelaksanaan peraturan itu akan dibuat selepas menjalani pemeriksaan di Puspakom.
Kata beliau, menerusi penggunaan alat tersebut, setiap bas ekspres tidak boleh dipandu melebihi had laju ditetapkan tetapi tidak menjejaskan keupayaan ken­deraan pengangkutan itu semasa mendaki atau menuruni bukit.

‘‘Ini adalah kelebihan penetapan had kelajuan kenderaan yang kita perkenalkan. Saya sudah mengadakan dialog dengan operator bas dan mereka bersetuju menyokong langkah ini,’’ ujar beliau.
SUMBER : UTUSAN MALAYSIA | M/S: 4 | 18 JULAI 2016

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-pasang-alat-kawalan-had-laju-1.354872#sthash.6isclvUG.dpuf

Putrajaya arah MAHB kaji semula rekabentuk KLIA, klia2 demi keselamatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengkaji semula kesesuaian rekabentuk lapangan terbang utama negara bagi meningkatkan aspek keselamatan di kawasan berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, rekabentuk Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menekankan konsep terbuka dilihat menyukarkan langkah untuk membenarkan hanya penumpang berada di dalam terminal di semua lapangan terbang utama negara.

“Kalau kita tengok klia2, kedai-kedainya dekat dengan pelepasan atau ketibaan. Keluar sahaja, ada pasar raya, itu tempat orang awam. Kita mahu tengok rekabentuknya.

“Saya tidak kata (rekabentuk lapangan terbang) kita adalah salah. Namun, buat masa ini, (cadangan itu) sukar untuk dilaksanakan,” katanya.

Bercakap pada satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) hari ini, Liow menegaskan, MAHB telah diarahkan untuk mengkaji sehabisnya bagaimana untuk meningkatkan keselamatan di KLIA dan klia2.

Bagaimanapun, beliau mengakui cadangan mengasingkan penumpang dengan bukan penumpang di terminal adalah satu langkah yang baik dan sudah dilakukan banyak lapangan terbang di negara lain.

“Cadangan itu memang bernas, sebab kita boleh kesan mana satu penumpang. Kita boleh kepung kawasan itu dan kesan mereka. Ia adalah langkah biasa dilakukan beberapa lapangan terbang lain.

“Namun (ia sukar dilakukan sekarang) sebab kita mempunyai open airport,” kata Liow, yang juga Presiden MCA, di Wisma MCA di sini.

SUMBER: ASTROAWANI 16 Julai 2016

– See More at : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/putrajaya-arah-mahb-kaji-semula-rekabentuk-klia-klia2-demi-keselamatan-111181