UTM Sustainable Construction Week (SUSTAC2017)

Loading Map....

Date/Time
Date(s) - 27/11/2017 - 29/11/2017
9:00 am - 5:00 pm

Location
Dewan Sultan Iskandar

Category(ies) No Categories


Y. Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM BERSEMPENA “UTM SUSTAINABLE CONSTRUCTION WEEK” SUSTAC 17

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pada 27-29 November 2017 akan diadakan program UTM Sustainable Construction Week bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program ini seperti Pertandingan Akhir bagi “National Eco Construction Competition 2017” – NECO2017, pelbagai forum, dan Program Seminar “Sustainable Approach Towards Resilient Infrastructure” kepada pihak Industri.

3.​ Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput Y. Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan untuk menyertai program yang dijadualkan seperti ​berikut:-

                        Tarikh    : 27- 29 November 2017 (Isnin – Rabu)

                        Masa     : 9.00-5.00 petang

                        Tempat   : Dewan Sultan Iskandar (DSI) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

4.​ Lebih mengujakan, pengunjung yang bertuah bakal membawa pulang tiket penerbangan ke suatu destinasi menarik tajaan Air Asia.  Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami sekiranya pihak Y. Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan dapat hadir bagi menjayakan program​ ini. Dilampirkan bersama tentat​i​f program sepanjang minggu program UTM Sustainable Construction Week ini.

Kesudian dan kerjasama Y. Bhg. Prof/Dr/Tuan/Puan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.