Program Gotong Royong Blok C07 dan C09

Loading Map....

Date/Time
Date(s) - 22/05/2017
9:00 am - 1:00 pm

Location
Blok C07 dan C09, Fakulti Kejuruteraan Awam

Category(ies)


Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua staf dan warga FKA,
Pihak pengurusan FKA akan mengadakan satu Program Gotong Royong untuk membersihkan kawasan Blok C07 dan Blok C09 FKA.

2. Sehubungan dengan itu, dijemput staf akademik ,staf pejabat, staf teknikal, staf COE yang berkelapangan untuk turut serta menjayakan program ini  seperti ketetapan berikut:
 
TARIKH : 22 MEI 2017 (ISNIN)
MASA : 9.00 PAGI SEHINGGA SELESAI
LOKASI : BLOK C07 DAN C09 FKA

3.  Perasmian program akan dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Prof Dr Khairul Anuar bin Kassim, Dekan FKA.
 
 
4. Program gotong royong ini dirancang untuk membersihkan dan mengatur semula kawasan sekitar luar bangunan dan dalaman Blok C07 dan C09. Antara aktiviti  tersebut seperti menyapu daun kering, memotong rumput dan membersihkan koridor.  Oleh itu, dicadangkan untuk membawa bekalan sarung tangan masing – masing dan lain – lain peralatan, jika ada.

5.   Mohon juga jasa baik para penyelia memaklumkan kepada pelajar yang menghuni di bangunan terlibat untuk turut serta bagi menjayakan program ini.

Segala kerjasama dan perhatian warga FKA untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.