UTM Logo
UTM Tagline
Training on Bitumen Emulsification Process
post

Training on Bitumen Emulsification Process

Highway Laboratory, 07.08.2016 (Sunday).

 

Pada 7 Ogos 2016, Makmal Pengangkutan telah mengadakan latihan bagi penghasilan bitumen emulsi menggunakan laboratory batch colloid mill. Latihan yang telah dikendalikan oleh ASA Infratech Sdn Bhd  ini telah disertai oleh beberapa orang staf akademik, staf makmal dan juga pelajar-pelajar pascasiswazah.  Sepanjang latihan ini, para peserta didedahkan tentang beberapa kaedah makmal dalam penghasilan bitumen emulsi iaitu sejenis campuran bitumen dan juga air yang banyak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan dan juga rehabilitasi jalan. Dengan pendedahan tentang beberapa kaedah penghasilan bitumen emulsi ini diharap dapat membantu para penyelidik universiti untuk lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kajian  bahan pembinaan jalanraya yang lebih bermutu tinggi pada kos yang minimum, serta mesra alam.