30 Mac 2017- Fakulti Kejuruteraan Awam buat kali kesepuluhnya telah berjaya menganjurkan UTMBridge Model Competition 2017 mulai 26 hingga 29 Mac 2017 di Dewan Sultan Iskandar. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menjadi medan persaingan kepada para pelajar dalam merangsang daya kreativiti dan inovasi masing-masing dalam merekabentuk jambatan yang bukan sahaja kukuh dan selamat bahkan mempunyai ciri-ciri keunikan yang tersendiri.

Sebanyak 80 buah Institusi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand serta 70 buah sekolah menengah telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu Pemenang Keseluruhan, Poster dan Multimedia, Kreativiti dan Pembinaan serta kategori Kekuatan dan Tahap Keringanan yang menawarkan hadiah berupa wang tunai, sijil dan trofi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad,Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor merangkap Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Johor pada 28 Mac 2017 diDewan Sultan Iskandar. Dalam ucapan beliau menyatakan Program seumpama ini secara tidak langsung menyuntik semangat generasi muda untukberkemahiran disamping menyumbang kepada pembangunan Negara. Selain daripada itu,penghasilan modal insan berkemahiran danberkepakaran adalah sangat diperlukan olehNegara dalam Malaysia menuju sebagai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Penutup ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg Prof Dr Khairul Anuar bin Kassim (Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam), Y.Bhg. Prof Madya Dr Abdul Rahman bin Mohd. Sam (Pengerusi UTMBridge 2017) serta pentadbir Fakulti.

Manakala bagi upacara penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar , Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 29 Mac 2017 di Dewan Sultan Iskandar. Upacara Penutup ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Prof Dato’ Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), Y.Bhg Prof Dr Khairul Anuar bin Kassim (Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam), Y.Bhg. Prof Madya Dr Abdul Rahman bin Mohd. Sam (Pengerusi UTMBridge 2017), Pegawai-pegawai Kanan UTM dan Pentadbir Fakulti.

Juara keseluruhan bagi Institusi Pengajian Tinggi adalah dimenangi oleh Kumpulan Suro-Boyo dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember dari Indonesia yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 1500.00 , sijil dan trofi. Manakala Juara keseluruhan bagi Sekolah Menengah adalah dimenangi oleh Kumpulan Alfaian dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bakong, Sarawak yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 1500.00, sijil dan trofi.  Secara keseluruhannya, penganjuran UTMBridge 2017 ini, dapat mencungkil bakat serta menjadi titik tolak kepada usaha melahirkan lebih ramai tenagar pakar yang boleh menyumbang kepada masyarakat umumnya dan kepada Negara khususnya.

ALBUM UTMBRIDGE 2017
Majlis Perasmian | Majlis Penutup