welcom from the dean28 Oktober – Peryertaan pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam UTM ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa  merupakan sebahagian pendekatan dalam akademia baru baru untuk melahirkan graduan holistik dan berfikiran entrepreneurial  dan global, demikian menurut Prof Dr. Shahrin b. Mohammad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam.

Penyertaan dalam pertandingan ini dapat menguji minda pelajar menghadapi situasi cabaran yang singkat untuk mengaplikasikan  pembelajaran di bilik kuliah dan makmal dengan menghasilkan hasil kerja yang baik, inovatif dan mampu menarik perhatian juri,  tambahnya lagi selepas ditemui dalam Majlis Syarahan Perdana Profesor ke 54 UTM di sini hari ini.

Menurut Shahrin, pendekatan ini merupakan satu pendekatan dalam akademia baru terhadap kaedah pembelajaran baru yang  tidak statik dan tidak hanya bergantung kepada pensyarah yang bersifat konvensional di bilik-bilik kuliah sahaja. Pendedahan  terhadap cabaran luar ini merupakan keperluan menghadapi cabaran sebenar dalam dunia pekerjaan.

Usaha ini dapat memupuk sahsiah diri pelajar melalui semangat kerja berpasukan, beretika dan komunikasi interpersonal.  Kemahiran ini amat diperlukan oleh majikan masakini untuk menghadapi persaingan global dunia perniagaan.

Tambahnya sepanjang tahun 2014 pihak fakulti telah menghantar lebih 40 pasukan pelajar menyertai pertandingan samada di  dalam maupun di luar Negara. Kita yakin usaha ini memberi kesan positif terhadap pasaran graduan kita di luar sana. Ini jelas  dibuktikan kerana mengikut rekod kami, graduan pada sesi lepas lebih 86 peratus telah bekerja atau menyambung pengajian.

Menurut Shahrin lagi selain menyertai acara yang dipertandingkan oleh pihak luar, pihak kami juga mempunyai acara tahunan untuk pelajar-pelajar kejuruteraan Awam yang diadakan setiap dua tahun sekali. Acara berkenaan adalah ‘ UTMBridge Model Competition’ yang akan diadakan pada 5 – 8 April 2015. Acara ini merupakan kali ke 9 diadakan dan terbuka kepada pelajar kolej dan universiti, matrikuliasi dan pelajar-pelajar tingkatan 4, 5 dan pelajar-pelajar Tahun 6 di sekolah rendah

Tarikh tutup penghantaran borang, ringkasan projek dan lukisan adalah pada 19 Februari 2015 dan notis penerimaan penyertaan akan dikeluarkan pada 6 Mac 2015. Maklumat lanjut boleh dilawati di laman web www. https://civil.utm.my/blog/utmbridge-model-competition-2015/.

Kami juga sedang merancang untuk mengadakan beberapa lagi acara tahunan untuk menarik minat pelajar dalam bidang kejuruteraan awam disamping memberi nilai tambah dalam pembentukan sahsiah pelajar yang bakal mewarnai kepimpinan akan datang.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Prof Dr. Shahrin b. Mohammad
Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam
Presiden Persatuan Pendidikan Kejuruteraan Malaysia

Tel : 0197572000
Email : shahrin@utm.my