Gold Award Dr Tarmizi Ismail Hari Air Sedunia 2014 Medal For Best Thesis Award

Sambutan Hari Air Sedunia merupakan program tahunan yang diadakan di seluruh dunia semenjak tahun 1993 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ia diadakan setiap tahun pada 22 Mac sebagai satu cara menumpukan perhatian kepada kepentingan air dan menyokong pengurusan mapan sumber air. Pada tahun ini PBB telah menetapkan “Air dan Tenaga” atau “Water and Energy” menjadi tema Hari Air Sedunia 2014. Di peringkat kebangsaan, Sambutan Hari Air Sedunia 2014 dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). Sambutan tahun ini diadakan pada 25 Mac 2014 di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2014 dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia pada 25 Mac 2014 (Selasa), pukul 9.30 pagi di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya yang telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pengisian sambutan pada tahun ini merangkumi semua kumpulan sasaran. Program-program yang dianjurkan antaranya ialah Wacana Awam (Public Lecture), Hari Terbuka Loji Air dan Kumbahan di seluruh Negara, Hari Terbuka Stesen Janakuasa Hidro di seluruh Negara, Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Kebangsaan yang dijalankan sepanjang tahun dan Pameran Air dan Tenaga di seluruh negara. Anugerah tesis terbaik juga merupakan sebahagian dari pengisian program Sambutan Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan ini. Tesis pada peringkat BSc, MSc, dan PhD yang berkaitan dengan hidrologi dan sumber air dari institut pengajian tinggi tempatan dipertandingkan.  Pada tahun ini Anugerah Emas bagi BSc dimenangi oleh UM, MSc dimenangi oleh UNITEN dan PhD dimenangi oleh Dr. Tarmizi Ismail dari UTM.